Isnin, Mac 26, 2012

Pelancaran Program Minggu Antidadah & Kempen Anti Merokok



Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab di dalam diri murid mengenai bahaya dadah /  rokok serta memberikan Pendidikan Pencegahan Dadah dari peringkat sekolah.


Antara objektifnya adalah untuk memperkembang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah dan juga untuk menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.


Tetamu jemputan duduk bersama-sama dengan para pentadbir sekolah


Majlis diacarakan oleh Cik Afiqah

Ucapan oleh pengetua SMKTMu, Tn. Hj. Hussin b. Sirun

Ucapan oleh Encik Loh Che Cheong, pegawai Pencegahan Pendidikan Dadah (PPDa), Jabatan Pelajaran Melaka mewakili Tn. Hj. Manan b. Umar (ketua unit PPDa JPM)


Penyerahan bahan edaran bahaya dadah dan rokok kepada GPK HEM, Tn. Hj.  Ismail b. Abdullah

Penyampaian cenderahati kepada Encik Loh Che Cheong yang disampaikan oleh tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin b. Sirun


Penyampaian hadiah kepada wakil pelajar yang mendapat naib johan dalam pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu peringkat Melaka Tengah. Pasukan ini layak  meneruskan cabaran ke peringkat negeri Melaka. Pasukan ini terdiri daripada : Ng Kean Shing, James Yong Teck Keong, Amyrah Nasuha binti Badrin, Mohd Irsyad b. Samser, Che Mohd Zakaria Shukri b. Mohd Zamri dan Siti Nuramira bt. Zainudin. Syabas diucapkan kepada mereka dan juga guru pembimbing, Cikgu Muhammad Noor dan Cikgu Muhamad Izuan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-39, Sesi 2011/2012




Ketibaan YB Datuk Hj. Yunos b. Husin




Ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj. Yunos b. Husin,
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam  Sekitar merangkap ADUN Ayer Molek


Kiri : Ucapan oleh YDP PIBG, Encik Velaithan a/l Atchutha Nair
Kanan : Ucapan oleh pengetua SMKTMu, Tn. Hj. Hussin bin Sirun

Antara pelajar-pelajar cemerlang yang menerima sijil

Penyampaian sijil kepada Pelajar Terbaik Pendidikan Khas

Penyampaian sijil Peningkatan Prestasi Guru Matapelajaran PMR dan SPM
Pelajar cemerlang PMR 2011

Penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang SPM 2011


Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG bagi sesi 2011/2012
Penyampaian cenderahati kepada YB Datuk Hj. Md. Yunos b. Husin

Soal jawab dan perbincangan

Barisan AJK tertinggi dan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2012/2013


Cabutan bertuah

Khamis, Mac 22, 2012

Kempen Anti Buli

Buli merupakan gejala sosial yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik seseorang mangsa buli. Justeru itu, SMK Tun Mutahir melancarkan Kempen Anti Buli pada 19 Mac 2012 yang lalu yang mana seluruh warga pelajar SMKTMu telah berikrar untuk menghindari tingkahlaku buli di sekolah dan mengamalkan sikap positif sepanjang masa.

Ucapan perasmian



Bacaan ikrar Anti Buli




Penyampaian pingat kepada pelajar yang menyertai pertandingan sepak takraw bawah 18 tahun kawasan Bukit Cina, Peringkat Negeri Melaka. Berjaya mendapat tempat ke 4. Pelajar-pelajar tersebut ialah Mohd Nafis, Muhd Shukor, Muhd Amyrul dan Muhd Asri. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agong PIBG SMKTMu 2012