Selasa, Mac 06, 2012
Isnin, Mac 05, 2012
Majlis Persaraan Puan Siti Rokhana binti Osman
Majlis persaraan beliau telah dilangsungkan dengan gilang-gemilang pada 25.02.2012 yang lepas yang mana telah dihadiri oleh beliau dengan ditemani oleh anak tunggalnya. Warga SMKTMu mendoakan agar beliau sentiasa tabah dan ceria dalam meniti usia persaraan ini....."JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG, KASIHMU TERPATRI DI SANUBARI".......
Majlis Perpisahan Puan Zurinawati binti Mustafa
![]() |
Tanggal 25.02.2012 yang lalu telah berlangsungnya majlis perpisahan buat guru kaunselor kita iaitu Puan Zurinawati binti Mustafa yang amat disenangi dan disayangi oleh rakan-rakan sekerja mahupun pelajar-pelajar SMK Tun Mutahir. Beliau terpaksa berpindah ke SMK Tun Tijah, Durian Daun, Melaka. Kami warga SMKTMu mendoakan agar beliau sentiasa bersemangat, ceria dan cemerlang di tempat yang baru....Jasa baktimu di SMKTMu sentiasa diingati dan dikenang buat selama-lamanya....
Selasa, Februari 14, 2012
Majlis Perasmian Perlantikan Pengawas 2012
Majlis ini telah berlangsung dengan lancarnya pada 13 Februari 2012 bersamaan hari Isnin yang lalu. Inspektor Azhar bin Othman iaitu PRO Polis Sekolah telah dijemput khas bagi merasmikan majlis ini. Beliau telah berbesar hati bagi menyampaikan ucapan perasmiannya dan juga menyampaikan sijil perlantikan kepada para pengawas bagi tahun 2012. Pengawas yang dilantik meliputi pengawas am sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas koperasi sekolah dan pengawas SPBT sekolah.
Tuan pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun menyampaikan ucapannya. |
Inspektor Azhar bin Othman menyampaikan ucapan perasmian. |
Pembacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas, Ivy Ang. |
![]() |
Penyampaian sijil perlantikan pengawas. |
Penyampaian cenderamata kepada Inspektor Azhar oleh Tuan Haji Hussin. |
Langgan:
Catatan (Atom)