Isnin, Februari 17, 2014

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN SMK TUN MUTAHIR

Pada 2 Jan 2014, bermulalah sesi persekolahan tahun baru bagi warga cemerlang SMK Tun Mutahir. Perhimpunan pertama telah berlangsung dan berjalan dengan lancar.


Perhimpunan bermula pada pukul 7.30 pagi.


Pengetua menyampaikan ucapan sulung kepada warga  cemerlang SMK Tun Mutahir.


Guru-guru yang berada di tapak  perhimpunan.


Bermula PdP pada hari pertama.


Semoga suasana harmoni dan tenang dalam PdP akan berterusan hingga ke akhir tahun 2014.


Semoga murid-murid SMK Tun Mutahir akan dipermudahkan Allah swt untuk menerima ilmu. Amin.

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN SMK TUN MUTAHIR

Pada 31 Disember 2013 (hari Selasa) pukul 9.00 pagi telah berlangsung pendaftaran murid-murid tingkatan 1 dan Peralihan  SMK Tun Mutahir.


Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi


Ibu bapa dan penjaga mendengar taklimat.


Sebahagian murid yang sedang mendengar taklimat.


Pengetua ( En Megat Nasir bin Megat Hashim) menyampaikan ucapan.


YDP PIBG (Tn Hj Mansur bin Kassim) sedang menyampaikan ucapan .


GPK Petang (Pn Hjh Manja Mohd Doli)  sedang menyampaikan ucapan.

MESYUARAT GURU KALI 1 BAGI TAHUN PERSEKOLAHAN 2014

Mesyuarat Guru Kali- 1 untuk tahun 2014 telah diadakan pada 30 Disember 2013. Mesyuarat bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pengetua mempengerusikan mesyuarat dan memberikan taklimat kepada guru-guru.


Guru-guru yang menghadiri mesyuarat.


Rabu, November 06, 2013

PEPERIKSAAN SPM 2013

Peperiksaan SPM telah bermula pada 6hb Nov 2013. Kertas SPM yang akan berlangsung ialah Bahasa Melayu K1, K2 dan Pendidikan Seni Visual.

Semoga pelajar-pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang dan jayanya. Amin.


Pelajar tekun mendengar taklimat dari Pn Punitha, guru yang bertugas.

MAJLIS HARI ANUGERAH KOKURIKULUM DAN MENGENANG JASA 2013

Pada 1 Nov 2013, Khamis bertempat di  Dataran Perhimpunan, telah berlangsung Majlis Hari Anugerah Kukurikum dan Mengenang Jasa 2013 yang bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 8.50 pagi. 

En Rosli dan Cik Afiqah sebagai pengacara majlis 

 Ustaz Hi Abd Razak Baba membacakan doa'

 Tuan Pengetua merasmikan majlis 

 En Muhammad Radhi menyampaikan anugerah kokurikulum

 Pn Hjh Kamariah menyampaikan anugerah sahsiah

 Tuan Pengetua menyampaikan hadiah dan anugerah akademik SPM 2012 cemerlang straight A's
Bapa pelajar mengambil anugerah bagi pihak anak 

Ibu pelajar mengambil bagi pihak anak