Isnin, Mac 04, 2013

Majlis Perasmian Pelantikan Pengawas 2013

Pada 25 Februari 2013 yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis khas bagi melantik pengawas. Pengawas yang dimaksudkan adalah Pengawas Am Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Koperasi Sekolah serta Pengawas SPBT Sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh ASP Mohd Ashari B. Hj. Baidawi (Ketua Bahagian Pengurusan Daerah). Diharap semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh semangat dan dedikasi.


Bacaan Doa Untuk Keberkatan Majlis

Ucapan Perasmian

Ucapan Pengetua




Bacaan Ikrar Pengawas

Penyerahan Ikrar Kepada Tuan Pengetua
Ketua Pengawas Am Sekolah

Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Ketua Pengawas Koperasi


Ketua Pengawas SPBT

Tetamu Majlis Perasmian Pelantikan Pengawas 2013

Selasa, Februari 26, 2013

Jamuan Persaraan Pn. Pon Sau Keng Anjuran Panitia Kemahiran Hidup

Pada 25 Februari 2013, Panitia Kemahiran Hidup telah mengadakan sedikit jamuan bagi meraikan persaraan Puan Pon Sau Keng pada 28 Februari 2013 akan datang. Jamuan ini melibatkan semua guru di bawah Panitia Kemahiran Hidup.

Budi Disemai, Bakti Dijunjung

Sumbangan Kematian Ibu Pelajar

Pada minggu lepas, Jafius @ Nickholson Bin Kominsin, ayah kepada Mary Magdalene Nickholson (4 Prinsip Akaun 1) dan Bryan Mark Nickholson (1 Hibiscus), telah menerima sumbangan wang daripada pihak sekolah. Sumbangan ini diberikan di atas kematian ibu kepada 2 orang pelajar SMK Tun Mutahir. Arwah Saning Binti Ampan telah meninggal dunia pada 2 Februari 2013 yang lepas akibat daripada bengkak kaki. Sebelum perpindahan 2 orang pelajar tersebut kembali ke Sabah, pihak sekolah telah mengumpul sumbangan daripada warga sekolah untuk membantu serba sedikit keluarga Nickholson Bin Kominsin. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Abdullah (GPK HEM)

Takziah diucapkan kepada keluarga Nickholson

Jumaat, Februari 08, 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Tahun Baru Cina 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Tahun Baru Cina 2013 telah berlangsung dengan jaya pada pagi ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Badan Kebajikan Sekolah Tun Mutahir atas keprihatinan membantu para pelajar yang kurang berkemampuan menyambut Tahun Baru Cina.  


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga Tun Mutahir
Semoga kedatangan tahun baru membawa seribu rahmat kepada semua



 Penyampaian kepada pelajar Pendidikan Khas



Pelajar kelihatan gembira menerima sumbangan Ang Pau 



Guru Kebajikan - Pn Roshayah menyampaikan ucapan alu-aluan dengan penuh semangat



Penerangan Tujuan Badan Kebajikan Sekolah dan Peranan Koperasi Sekolah serta  peranan pelajar dalam menjayakan sebarang aktiviti Badan Kebajikan Sekolah

Isnin, Februari 04, 2013

Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah 2013

Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah satu program yang tidak asing lagi bagi para guru dan pelajar. Program NILAM mula diperkenalkan kepada sekolah-sekolah di negeri Melaka pada bulan April 1999. Program ini adalah sebagai pengganti kepada Program Banci Bacaan yang telah dijalankan sebelum ini.

Program ini diwujudkan berlandaskan kepercayaan bahawa bangsa yang berbudaya ilmu adalah bangsa yang berjaya. Demi menjadi bangsa yang berbudaya ilmu, amalan tabiat membaca khususnya dalam kalangan pelajar yang bakal menjadi tonggak Negara pada masa hadapan haruslah dipupuk.

Program ini bermatlamatkan untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya walau di mana sahaja pelajar berada. Majlis pelancaran ini dijalankan bagi mewujudkan semangat yang tinggi dalam kalangan pelajar untuk menjadi satu bangsa yang maju dan berjaya dalam hidup ekoran sifat suka membaca. Selain itu, ianya untuk melahirkan semangat kerjasama antara semua warga SMK Tun Mutahir untuk menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.

Antara AJK Yang Terlibat

Ucapan Daripada Puan Zawiyah, GKMP Bahasa

Ucapan Perasmian Oleh Tn. Hj. Hussin Bin Sirun

Gimik Perasmian 

Pelancaran Program NILAM 2013

Para Pelajar SMK Tun Mutahir

Tahniah Kepada Pemenang Anugerah

Majlis Penyampaian Anugerah

Antara 71 Orang Pelajar Yang Menerima Anugerah