Isnin, Februari 04, 2013

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2013

Pada hujung minggu yang lepas, 2.2.2013, SMK Tun Mutahir telah mengadakan satu kursus kepimpinan untuk para pelajar. Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga 3.00 petang.

Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin Kelab dan Persatuan, Unit Pasukan Pakaian Seragam dan Pasukan Sukan dan Permainan sekolah adalah amat penting untuk dikuasai oleh setiap AJK tertinggi yang telah dilantik. Maka wajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya para pelajar ini dapat memacu pasukan mereka ke arah satu organisasi yang lebih berkesan.

Dengan adanya kursus kepimpinan ini, pelajar dapat menerima pendedahan pengetahuan atas pengurusan aktiviti kokurikulum. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan mampu untuk menjalankan tugas dengan berkesan dan seterusnya memantapkan perjalanan aktiviti kokurikulum. Di samping itu, kursus ini juga meningkatkan keyakinan dan jati diri AJK tertingi dalam pengendalian organisasi.

Sesi Ice Breaking

Ucapan dari GPK KOKO

Pendedahan Teknik Pengurusan Masa Cemerlang

Kursus Diiringi Dengan Bacaan Doa Oleh Ustaz Razak

Pelajar Yang Berkeyakinan Tinggi 

Belajar Sambil Berseronok

Agihan Makanan Tengahari Setelah Penat Berkursus

Barisan Pimpinan Pelajar

Kerjasama Dan Semangat Berpasukan 

Binaan Menara Menggunakan Surat Khabar

Ribuan Terima Kasih Kepada Penceramah



Program Ceramah Mesra Polis dan Pelancaran Guru Penyayang

Program ini telah dijalankan pada 28 Januari 2013 yang membawa konsep Guru Penyayang. Pelaksanaan Guru Penyayang ini bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan  sikap  kasih sayang di SMK Tun Mutahir. Dengan wujudnya sikap kasih sayang ini, hubungan antara guru dan murid-murid akan bertambah erat.

Program ini bertujuan menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. Selain itu, ianya dapat menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah dengan menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. Program ini dapat mewujudkan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan seterusnya menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
















LDP 2 - Program Pembudayaan 3K Dalam Kalangan Warga Sekolah SMK Tun Mutahir

Pada 26 Januari 2013, Program Pembudayaan 3K Dalam Kalangan Warga Sekolah SMK Tun Mutahir telah dijalankan. Program ini melibatkan para guru dan pelajar. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.

Program ini telah meningkatkan  lagi tahap kebersihan dan keceriaan dalam bilik darjah. Selain itu, ianya mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Gotong-royong ini bukan sahaja dijalankan di bilik darjah semata-mata, ia juga meliputi persekitaran bilik-bilik khas sekolah.

Diharapkan, para guru dan pelajar akan dapat mengekalkan kebersihan dan kecerian sekolah dan mengamalkan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.










Sabtu, Februari 02, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2013

Hari-hari kebesaran Islam sentiasa disambut meriah oleh semua golongan umat Islam tidak mengira muda atau tua. Antara hari-hari kebesaran Islam ialah Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Pada hari tersebut, laungan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW berkumandang dengan meriah. Jesteru itu Sambutan Maulidur Rasul yang merupakan aktiviti tahunan telah dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Tun Mutahir. Pihak Panitia Pendidikan Islam bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjalankan majlis ini dengan lancar.

Program ini bermatlamat untuk melahirkan golongan pelajar dan warga SMK Tun Mutahir yang mencintai Rasulullah SAW dan sentiasa berusaha untuk mencontohi akhlak Baginda yang terpuji dalam kehidupan seharian. Selain dari itu, program ini juga bermatlamat melahirkan keinsafan dalam diri pelajar dengan mengenang semula sirah dan perjalanan hidup Rasulullah SAW.









Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Dengan slogan "Murid Didahulukan, Pencapaian Murid Diutamakan", SMK Tun Mutahir dengan jayanya telah mengadakan Majlis Penyampaian Agihan Bantuan Wang Persekolahan 1 Malaysia Tahun 2013 pada 17.1.2013. Majlis ini bermatlamat untuk merai dan menghargai peranan yang dimainkan oleh murid-murid di sekolah. Selain itu, murid-murid diharap lebih bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan menggunakan BR1M yang diberikan ini dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan dan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Agihan Bantuan Wang Persekolahan 1 Malaysia ini bertujuan untuk membantu murid-murid menyediakan barangan keperluan untuk tujuan persekolahan. Ianya merupakan satu penghargaan bagi murid-murid sebagai sumber yang dapat membangunkan modal insan di masa akan datang. Selain itu, ianya dapat memberikan kepuasan emosi dan keceriaan kepada pelajar. Akhir sekali, ianya dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.