Pada 12.1.2013, SMK Tun Mutahir telah mengadakan LDP kali pertama untuk tahun 2013. Dalam LDP pada kali ini, para guru didedahkan dengan taklimat mengenai program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Program NILAM adalah satu program yang bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Segala bahan yang dibaca oleh pelajar akan direkodkan di dalam buku NILAM. Bahan bacaan yang dimaksudkan termasuklah tajuk dalam buku teks, bacaan bahasa lain dan juga keratan artikel surat khabar.
Selepas taklimat berkenaan program NILAM, LDP diteruskan dengan Mesyuarat Panitia Kali Pertama. LDP tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Sabtu, Februari 02, 2013
Sabtu, Januari 19, 2013
Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Tahun baru dengan semangat yang baru membuka tirai sesi persekolahan tahun 2013. Program pertama yang dijalankan adalah orientasi bagi pelajar-pelajar baru, tingkatan 1, dan pelajar-pelajar tingkatan 4. Program orientasi dijalankan dengan bertujuan untuk pelajar-pelajar membiasakan diri dengan keadaan sekolah dan program yang bakal dijalankan sepanjang tahun ini. Bagi pelajar tingkatan 4 pula, program ini perlu untuk mengfokuskan mereka kepada pelajaran yang bakal dihadapi mereka dan seterusnya membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2014. Marilah kita meninjau suasana ketika program orientasi yang dijalankan.
TINGKATAN 1
![]() |
Seramai 430 orang pelajar yang mendaftar ke tingkatan 1 dan peralihan |
![]() |
Ceramah berkenaan disiplin yang disampaikan oleh Cikgu Lee Kok Kong |
![]() |
Wajah-wajah pelajar yang bakal menjadi insan berjaya di SMK Tun Mutahir |
![]() |
Taklimat daripada GPK Petang, Cikgu Hajah Manja Bt. Md Doli |
TINGKATAN 4
![]() |
Pelajar-pelajar tingkatan 4 |
![]() |
Komunikasi dua hala |
![]() |
Keceriaan pelajar-pelajar tingkatan 4 |
![]() |
Taklimat Pusat Sumber Sekolah |
Isnin, Januari 14, 2013
Program Pendaftaran dan Oreintasi Murid Baru 2013
Tanggal 28 Disember 2012 ( Jumaat) Program pendaftaran Dan Orientasi Murid Baru 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Matlamat program ialah untuk mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat asas sekolah kurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti murid keseluruhannya dalam permulaan pendidikan menengah rendah. Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak.
Para Ibubapa khusyuk mendengar taklimat PBS |
Para Ibubapa dan anak sedang mendengar talimat PBS
Hari Keluarga SMKTMu 2012
Acara tahun 2012 diteruskan lagi dengan Hari Keluarga SMKTMu 2012. Hari keluarga ini diadakan di Homestay D'alai. Disamping bercuti dengan ahli keluarga yang tercinta, para guru juga dapat merapatkan hubungan dan bersuka ria sesama rakan sekerja. Hari keluarga ini dijalankan selama 2 hari 1 malam yang padat dengan aktiviti-aktiviti yang hebat dan menghiburkan.
Sabtu, Januari 12, 2013
Malam Tautan Kasih Kelab Keluarga SMKTMu 2012
Malam Tautan Kasih Kelab Keluarga SMKTMu merupakan acara kemuncak pada tahun 2012. Dengan bertemakan pakaian bebas, malam ini memberikan ruang kepada guru-guru SMKTMu untuk menghilangkan tekanan dengan bergembira bersama rakan sekerja. Antara acara yang disediakan adalah persembahan multimedia, sesi teka-teki, anugerah pakaian tercantik dan juga cabutan bertuah. Para guru juga dijamukan dengan makanan yang begitu lazat dan menyelerakan. Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan Malam Tautan Kasih Kelab Keluarga SMKTMu 2012.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah
Wajah ceria para undangan Malam Tautan Kasih Kelab Keluarga SMKTMu 2012
Sesi teka-teki yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Noor
Antara calon bagi anugerah pakaian tercantik
Pemenang anugerah pakaian tercantik
Langgan:
Catatan (Atom)