![]() |
| Penyampaian sijil oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun kepada pelajar-pelajar yang menyertai Pertandingan Badminton di Karnival Sukan & Permainan Peringkat Sekolah 2012 |
Selasa, Jun 19, 2012
Pertandingan Badminton di Karnival Sukan & Permainan Ko-kurikulum Peringkat Sekolah 2012
LDP Siri 3 : Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) & Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran
LDP Siri 3 telah pun berlangsung pada 16.06.2012 bersamaan hari Sabtu yang lalu dengan jayanya. Objektif LDP kali ini adalah untuk mendedahkan kepada semua guru PBS dan memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Selain itu, dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang keselamatan kebakaran ketika menghadapi situasi kebakaran di sekolah.
![]() |
| Aktiviti pagi dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh jurulatih kecergasan |
![]() |
| Para guru khusyuk mendengar ceramah mengenai kesedaran keselamatan kebakaran yang disampaikan oleh pegawai dari pusat pencegahan kebakaran, Puan Anne Cheng |
![]() |
| Penyampaian sijil daripada Puan Anne Cheng (gambar kiri) dan penyampaian plak daripada Puan Hajah Kamariah Othman (gambar kanan) |
Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Peringkat Negeri Melaka
![]() |
| Penyampaian piala kepada pelajar PPKI Bermasalah Pendengaran yang memenangi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka, Kategori Perempuan BD bawah 18 tahun - Johan |
![]() |
| Penyampaian sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan "Spell-it-right" anjuran New Sraits Times |
Jumaat, Mei 25, 2012
KEM LEMBAIAN KASIH 2012
"Kem Lembaian Kasih 2012" Anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan Kaunseling SMK Tun Mutahir akan berlangsung pada 25-26 Mei 2012 bertempat di Masjid Saidina Ali , Bukit Katil, Melaka. Dengan tema - Ke arah melahirkan pelajar soleh cemerlang solat menyasarkan 100 orang pelajar Islam Menengah Rendah yang dikenalpasti untuk diberikan kesedaran tentang pentingnya solat yang betul dan sempurna serta membentuk perubahan diri yang positif di dalam diri mereka. Semoga dengan usaha ini, sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap hubungan manusia dengan ALLAH melalui ibadah wajib. InsyaALLAH. Amin
Langgan:
Catatan (Atom)














