Isnin, April 23, 2012
Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah, 28 Mac 2012
![]() |
| Sesi memanaskan badan sebelum acara merentas desa dimulakan |
![]() |
| Peserta-peserta bersedia di garisan permulaan. Mereka kelihatan tidak sabar untuk memulakan larian. |
| Hon permulaan dilepaskan oleh tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun |
![]() |
| Acara merentas desa bermula |
![]() |
| Antara pemenang-pemenang yang mendapat hadiah |
Jumaat, April 20, 2012
Johan Pertandingan Melukis Peringkat Negeri Melaka
Semua warga SMK Tun Mutahir mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yee Qing Xuan (4 Sains 1) di atas kejayaan menjadi johan pertandingan tersebut dalam kategori menengah atas. Untuk makluman semua , pertandingan tersebut diadakan pada 6 April 2012 bertempat di Dewan MITC, Ayer Keroh Melaka. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing PSV iaitu Pn Azizah Md Shah. Syabas....
Isnin, April 09, 2012
SAYEMBARA PUISI DAN LAGU PERINGKAT NEGERI 2012
Pada 6 April 2012 (Jumaat ) SMK Tun Mutahir telah berjaya mengelolakan Sayembara Puisi Dan Lagu Peringkat Negeri 2012 bertempat di MITC bersempena Karnival Pendidikan dan Pesta Buku Melaka 2012. Tujuh buah sekolah bertanding bagi merebut tempat mewakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada johan iaitu SMK Iskandar Shah, Jasin Melaka.
Kepada pasukan sekolah - jangan putus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan.
Berikut antara gambar-gambar menarik semasa pertandingan tersebut:-
Barisan Tetamu Jemputan
Para Hakim
Barisan Hakim Musik
Barisan Hakim Penjaga Masa
Persembahan Peserta Pertandingan
Johan Sayembara - SMK Iskandar Syah
SMK Ayer Keroh - Ketiga
Penyampaian Cenderahati oleh Tn Pengetua
Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2012
Bertemakan "Menjiwai Kecemerlangan Menuju Kejayaan" Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2012 telah dirasmikan oleh En Mansor Bin Kasim ( Nazir Sekolah merangkap YDP PIBG SMKTMU) dengan jayanya. Dengan matlamat mencapai kejayaan cemerlang dalam semua bidang terutama dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012, semua warga SMKTMU perlu menjiwai budaya ilmu sepanjang hayat dan mengusai ilmu secara global.
Majlis anjuran Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Teknik Dan Vokasional akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan demi melahirkan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan kecemelangan dalam akademik. Minggu Bahasa Melayu mengambil tempat pada minggu pertama(2-6 April), diikuti dengan Minggu Bahasa Inggeris(9-14 April), Minggu Sains dan Matematik(17-21 April) dan diakhiri dengan Minggu Teknik Dan Vokasional(23-28 April)
Berikut gambar-gambar aktiviti sekitar majlis:-
Ucapan Alu-aluan Tn Pengetua
Ucapan Perasmian oleh En Mansur Bin Kassim
NYDP PIBG SMK Tun Mutahir
Barisan Pentadbir bersama En Mansur Bin Kasim
Gimik Pelancaran Bulan Akademik
Persembahan Pelajar - Kumpulan Puisi dan Lagu
Model Pelancaran Bulan Akademik 2012
Persembahan Khas Oleh Pelajar-pelajar Pendidikan Khas
Penyampaian Cenderahati Kepada En Mansur
Langgan:
Catatan (Atom)














