Selasa, Julai 07, 2009

MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA MELAYU & BULAN MEMBACA PSS 2009





Program ini telah dianjurkan bersama oleh Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Mutahir. Ia telah dirasmikan oleh En. Mat Hassan Bin Abdullah, Penolong Pengarah, Unit Bahasa, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membudayakan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung ilmu sepanjang hayat.

Isnin, Julai 06, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AKADEMI BINAAN MALAYSIA





Lawatan ini telah disertai pelajar-pelajar MPV terutamanya Tingkatan 4V dan 5V. Ia juga disertai oleh pelajar Pendidikan Khas MPV. Tujuan lawatan ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang halatuju kerjaya dalam sektor vokasional, program vokasional yang ditawarkan serta prospek kerjaya di Akademi Binaan Malaysia.