Jumaat, Februari 28, 2014

Pelancaran Program Mentor-Mentee dan Guru Penyayang 2014 Serta Pemberian Angpau Sempena Tahun Cina 2014

Pada 9 Feb 2014, telah diadakan pelancaran program mentor-mentee dan guru penyayang 2014. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Megat Nasir bin Megat Hashim.


Tn Pengetua, Tn Megat Nasir bin Megat Hashim menyampaikan ucapan perasmian.


Tuan Pengetua dan GPK PK, Tn Hj Sajat melancarkan gimik perasmian.


Pengetua menyampaikan buku mentor-mentee kepada penyelaras tingkatan 2, Pn Yong Yoke Mee.


Pengetua menyampaikan buku mentor-mentee kepada penyelaras tingkatan 3, Pn Hamilizawati.


Pengetua menyampaikan buku mentor-mentee kepada penyelaras tingkatan 4, Pn Noliah.


Pengetua menyampaikan buku mentor-mentee kepada penyelaras tingkatan 5, Cik Tan Jee Ngoh

 

Pengetua menyampaikan buku mentor-mentee kepada penyelaras tingkatan pendidikan khas,                  
Ust Rosle Mahat 

 

Program Guru Penyayang, dimulakan dengan Sambutan Hari Lahir untuk guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari.


GKMP Sains dan Matematik, Pn Mariah Abdul Rahman memotong kek guru dan wakil murid memotong kek murid.


Tanda kasih sayang dari murid kepada guru.

 Tanda sayang guru kepada murid.


Murid menerima angpow dari Badan Kebajikan yang disampaikan oleh Pengetua.

Khamis, Februari 27, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMK TUN MUTAHIR 1435H/ 2014M

Pada 15hb Jan 2014 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di tapak perhimpunan.
Acara dimulakan pada pukul 7.15 pagi dengan tazkirah daripada Ustaz Sajat Ahmad, GPK Pendidikan Khas.

Pengacara majlis, Ustaz Rosle bin Mahat



Ustaz Tn Hj Abd Razak membacakan doa.


 GPK HEM, Tn Hj Ismail bin Abdullah menyampai hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab kuiz.

GPK HEM, Tn Hj Ismail bin Abdullah menyampai hadiah kepada guru, Pn Hjh Rozita bt Mohd Saad yang berjaya menjawab kuiz.


Pn Hjh Azizzah Mohd Shah, GKMP Kemanusiaan menyampai hadiah kepada yang berjaya.

GPK KOKU, En Muhammad Radhi bin Masah menyampai hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab kuiz.


GKMP Sains dan Matematik, Pn Mariah bt Abd Rahman menyampai hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab kuiz.


GPK HEM, Tn Hj Ismail bin Abdullah bergambar dengan pemenang tulisan khat.


En Hisham mengetuai bacaan salawat.


Guru-guru yang turut serta dalam program.


Pelajar-pelajat turut sama berselawat.

LAWATAN PELAJAR KOREA DAN MRSM TERENDAK KE SMK TUN MUTAHIR

Pada 15 Januari 2014, SMK Tun Mutahir telah menerima kunjungan daripada pelajar Munsan Sueok Middle School South Korea dan MRSM Terendak.


Ketibaan para pelawat disambut oleh pengetua.


Salah seorang guru daripada Korea sedang memberikan ucapan.


Para pelawat yang terdiri dari guru dari Korea dan para guru dari MRSM Terendak di bawa ke bilik gerakan untuk taklimat ringkas. Turut hadir pegawai PPD Tn Hj Jumat bin Mat Lani.

 

Para pelajar pula di bawa ke Bilik Tayang untuk sesi bual mesra pelajar.


Para pelawat bergambar di hadapan Taman Keamanan.


Persembahan dari Pasukan Wushu SMK Tun Mutahir



Persembahan K-POP dari Pelajar Korea


Antara para pelajar perempuan dari Korea yang datang melawat


Para hadirin berdiri sewaktu lagu sekolah



Pasukan Koir sekolah membuat persembahan.



Pelajar membuat persembahan tarian



Bergambar kenang-kenangan bersama para pelawat dari Korea




Isnin, Februari 17, 2014

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN SMK TUN MUTAHIR

Pada 2 Jan 2014, bermulalah sesi persekolahan tahun baru bagi warga cemerlang SMK Tun Mutahir. Perhimpunan pertama telah berlangsung dan berjalan dengan lancar.


Perhimpunan bermula pada pukul 7.30 pagi.


Pengetua menyampaikan ucapan sulung kepada warga  cemerlang SMK Tun Mutahir.


Guru-guru yang berada di tapak  perhimpunan.


Bermula PdP pada hari pertama.


Semoga suasana harmoni dan tenang dalam PdP akan berterusan hingga ke akhir tahun 2014.


Semoga murid-murid SMK Tun Mutahir akan dipermudahkan Allah swt untuk menerima ilmu. Amin.

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN SMK TUN MUTAHIR

Pada 31 Disember 2013 (hari Selasa) pukul 9.00 pagi telah berlangsung pendaftaran murid-murid tingkatan 1 dan Peralihan  SMK Tun Mutahir.


Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi


Ibu bapa dan penjaga mendengar taklimat.


Sebahagian murid yang sedang mendengar taklimat.


Pengetua ( En Megat Nasir bin Megat Hashim) menyampaikan ucapan.


YDP PIBG (Tn Hj Mansur bin Kassim) sedang menyampaikan ucapan .


GPK Petang (Pn Hjh Manja Mohd Doli)  sedang menyampaikan ucapan.

MESYUARAT GURU KALI 1 BAGI TAHUN PERSEKOLAHAN 2014

Mesyuarat Guru Kali- 1 untuk tahun 2014 telah diadakan pada 30 Disember 2013. Mesyuarat bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pengetua mempengerusikan mesyuarat dan memberikan taklimat kepada guru-guru.


Guru-guru yang menghadiri mesyuarat.