Ahad, Mac 31, 2013

Merentas Desa 2013

"Sukan Perkasa Tun Di Persada" merupakan slogan semangat kesukanan SMK Tun Mutahir. Selari dengan itu, Kejohanan Merentas Desa 2013 telah diadakan dan dirasmikan oleh Tuan Haji Hussin Bin Sirun, Pengetua SMK Tun Mutahir. Kejohanan ini telah dijalankan secara berasingan bagi pelajar sesi pagi dan sesi petang. Alhamdulillah cuaca tidak menghalang perjalanan kejohanan. Kesemua pelajar dapat menamatkan larian mereka sehingga ke garisan penamat.

SESI PAGI

Cikgu Zali mengetuai sesi memanaskan badan

Pelajar memanaskan badan sebelum memulakan larian

Bersedia menunggu masa pelepasan
Detik garisan permulaan
Larian dimulakan

Gelagat pelajar merentas desa
Walau kepenatan namun masih bersemangat
Pasukan PBSM memberi khidmat mereka




 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG


SESI PETANG

Cikgu Asmadi mengetuai sesi pemanasan badan


Permulaan yang penuh bersemangat

Penjaga check point
Marshal berkata, "semuanya okay"
Majlis penyampaian hadiah



TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG


















Selasa, Mac 12, 2013

Kejohanan Memanah MSSM

SMK Tun Mutahir telah terpilih sebagai tuan rumah bagi menjalankan Kejohanan Memanah MSSM untuk tahun 2013. Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari berturut-turut bermula dari 4-7 Mac 2013. Kejohanan ini dimulakan pada awal pagi sehingga lewat petang. Alhamdulillah cuaca diizinkan Tuhan melancarkan lagi perjalanan kejohanan. Peserta dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan), bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan), dan bawah 18 tahun (lelaki dan perempuan). Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga berjaya di peringkat kebangsaan kelak.
Barisan Pemanah 
Pemanah Bersedia Untuk Memanah
Memanah Dengan Penuh Semangat
Proses Pengiraan Mata Panahan
Persis Seorang Pemanah
Antara AJK Yang Turut Membantu Menjayakan Kejohanan
Unit Statistik
Perbincangan Bagi Memberikan Keputusan Yang Jitu
Majlis Penyampaian Hadiah
Majlis Penutupan Kejohanan

Bacaan Doa Oleh Ustaz Razak

Ucapan Dari Wakil Pengetua

Ucapan Perasmian Oleh En Ismail Bin Abdol Jalil
Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka


Penyampai Sijil Kepada Guru-Guru Terlibat


                             Pemenang Pingat Emas Kejohanan Memanah MSSM 2013

Penyampaian Cenderahati













Majlis Persaraan Pn. Pon Sau Keng

Tanggal 28 Februari 2013 yang jatuh pada hari Khamis, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis bagi meraikan hari persaraan bagi salah seorang guru di sekolah SMK Tun Mutahir iaitu Cikgu Pon Sau Keng. Perancangan beliau selepas bersara adalah untuk menjadi seorang suri rumah tangga yang akan menumpukan sepenuh masa bersama keluarga dan mendapat rehat yang secukup-cukupnya. Beliau akan mengisi masa lapang dengan mempelajari Yoga dan berenang untuk mengurangkan tekanan serta menjaga kesihatan badan. Beliau juga merancang untuk melancong ke negara-negara lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pemandangan. Marilah sama-sama kita meniti perjalanan kerjaya Cikgu Pon sebagai seorang guru.

1988 - 1992 : SJKC Kampung Tegah, Segamat, Johor
1993 - 1994 : SJKC Pheng Lok, Air Kuning, Kampar, Perak
1994 - 2001 : SJKC Ying Chye, Bukit Rambai, Melaka
1998 - 2000 : Melanjutkan pelajaran di UPM
2001           : Tamat Ijazah Pertama dan berkhidmat di SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka
2002 - 2013 : SMK Tun Mutahir

Pengerusi Majlis Memulakan Majlis
Para Guru Mengambil Tempat
Ucapan Aluan Daripada Tuan Pengetua
Bacaan Biodata oleh Cikgu Prabha
Ucapan Yang Dinanti-nantikan
Pelbagai Cerita Dan Nasihat Dikongsikan Oleh Cikgu Pon
Pelajar Bergembira Menyambut Hari Persaraan Cikgu Pon
Barisan AJK Hadiah
Persembahan Istimewa Daripada Cikgu Mohd Noor
Sajak Khas daripada Cikgu Mohd Noor
Panitia Sains
Badan Pengawas
Tingkatan 3
Tingkatan 2
Merakam Memori Detik Perpisahan
SELAMAT BERSARA CIKGU PON. JASAMU DIKENANG