Ahad, Jun 24, 2012

Ceramah Sempena Sambutan Isra' Mikraj 2012



Barisan pentadbir bersama dengan penceramah jemputan, Ustaz Musa

Pengerusi majlis, Tuan Haji Abdul Razak bin Baba

Ustaz Musa menyampaikan ceramahnya yang berkisar tentang peristiwa Isra' Mikraj




Rabu, Jun 20, 2012

Lawatan YB Dato' Gan Tian Coo ke SMK Tun Mutahir

Petikan daripada akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 15 Jun 2012

         Pada 14 Jun yang lalu, SMK Tun Mutahir telah dikunjungi oleh Dato' Gan Tian Coo iaitu Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran Belia dan Sukan negeri Melaka. Beliau melawat bilik suis utama elektrik yang telah terbakar pada beberapa minggu yang lepas. Susulan daripada lawatan beliau, kerosakan elektrik telah pun dibaiki sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Selasa, Jun 19, 2012

Pertandingan Badminton di Karnival Sukan & Permainan Ko-kurikulum Peringkat Sekolah 2012



Penyampaian sijil oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun kepada pelajar-pelajar yang menyertai Pertandingan Badminton di Karnival Sukan & Permainan Peringkat Sekolah 2012

LDP Siri 3 : Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) & Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran

LDP Siri 3 telah pun berlangsung pada 16.06.2012 bersamaan hari Sabtu yang lalu dengan jayanya. Objektif LDP kali ini adalah untuk mendedahkan kepada semua guru PBS dan memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Selain itu, dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang keselamatan kebakaran ketika menghadapi situasi kebakaran di sekolah.


Aktiviti pagi dimulakan dengan acara senamrobik yang diketuai oleh jurulatih kecergasan

Para guru khusyuk mendengar ceramah mengenai kesedaran keselamatan kebakaran yang disampaikan oleh pegawai dari pusat pencegahan kebakaran, Puan Anne Cheng

Penyampaian sijil daripada Puan Anne Cheng (gambar kiri) dan penyampaian plak daripada Puan Hajah Kamariah Othman (gambar kanan)


Suasana Di Sekitar Latihan Kebakaran pada 13/06/2012

 


Pencapaian Pelajar-pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Peringkat Negeri Melaka


Penyampaian medal dan sijil oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun kepada pelajar-pelajar yang berjaya terpilih mewakili pasukan Kawasan Bukit Cina ke Pertandingan Bolasepak MSSM Peringkat Negeri Melaka,
Bawah 15 - Johan
Bawah 18 - Naib Johan

Penyampaian piala kepada pelajar PPKI Bermasalah Pendengaran yang memenangi Pertandingan Bowling  Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka,
Kategori Perempuan BD bawah 18 tahun - Johan



Penyampaian sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan "Spell-it-right" anjuran New Sraits Times