Jumaat, Mei 25, 2012

KEM LEMBAIAN KASIH 2012

"Kem Lembaian Kasih 2012" Anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan Kaunseling SMK Tun Mutahir akan berlangsung pada 25-26 Mei 2012 bertempat di Masjid Saidina Ali , Bukit Katil, Melaka. Dengan tema - Ke arah melahirkan pelajar soleh cemerlang solat  menyasarkan 100 orang pelajar Islam Menengah Rendah yang dikenalpasti untuk diberikan kesedaran tentang pentingnya solat yang betul dan sempurna serta membentuk perubahan diri yang positif di dalam diri mereka. Semoga dengan usaha ini, sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap hubungan manusia dengan ALLAH melalui ibadah wajib. InsyaALLAH. Amin

KELAS BIMBINGAN WAKTU CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

KELAS BIMBINGAN WAKTU CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

Makluman kepada semua Ibubapa dan pelajar sekelian , disertakan disini Jadual Waktu Kelas Bimbingan  Waktu Cuti Tahun 2012 untuk rujukan. Semoga dengan usaha ini dapat membantu para pelajar yang akan mengambil PMR dan SPM pada tahun ini akan lebih yakin dan bersemangat lagi sesuai dengan pepatah
 " Usaha Tangga Kejayaan"


Jadual Waktu Tingkatan 3
 Jadual Waktu Tingkatan 5




Rabu, Mei 02, 2012

Perkhemahan Badan Beruniform 2012

                Perkhemahan Badan Beruniform SMK Tun Mutahir telah dilangsungkan dengan jayanya pada 27 April hingga 29 April yang lalu bertempat di padang sekolah. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh  Encik Muhammad Radhi bin Masah iaitu GPK Koku SMK Tun Mutahir. Manakala majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pula telah dirasmikankan oleh Tuan Hj. Sirun bin Hussin selaku tuan pengetua SMK Tun Mutahir.

      Pelbagai aktiviti pertandingan telah dijalankan seperti pertandingan pertolongan cemas,pertandingan masakan rimba, pertandingan gajet dan pertandingan menghasilkan seni berdasarkan bahan semulajadi. Bagi kategori pertandingan bukan pertandingan yang diadakan adalah seperti latihan kawad, anyaman daun kelapa, kembara malam, membaca kompas dan lain-lain lagi.

Duduk dari kiri : GPK Koku, Encik Muhammad Radhi bin Masah
Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun dan GPK Pendidikan Khas, Tn. Hj. Sajat bin Ahmad

Peserta-peserta perkhemahan bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan tuan pengetua