Khamis, September 29, 2011

Program ICC PMR 2011

Sekitar Program ICC PMR 2011 yang dijalankan setiap hari Isnin hingga Khamis selama 4 minggu berturut-turut mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 5 hingga 29 September 2011
Masa : 12.00-1.30 petang



Khamis, September 22, 2011

Mesyuarat Kelab Keluarga SMKTMu

Tarikh:     27 September 2011
Tempat:  Perpustakaan sekolah
Masa:     12.00 tengahari

AJK Kelab Keluarga diwajibkan hadir.

Jambori River Ranger Peringkat Kebangsaan 2011

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh:    23 - 25 September 2011
Tempat:  Kem Permata Resort, Air Paabas, Alor Gajah, Melaka

Seramai 5 orang pelajar SMK Tun Mutahir telah terpilih bagi mengikuti program tersebut dan SMK Tun Mutahir juga merupakan salah sebuah sekolah daripada 3 buah sekolah di Melaka yang terpilih sebagai wakil negeri Melaka ke Jambori River Ranger Peringkat Kebangsaan. 2 buah sekolah lain yang juga wakil negeri Melaka adalah SMK Vokasional Datuk Seri Mohd Zin dan SMK Datuk Haji Talib Karim. Diharapkan program ini dapat membuka mata dan minda para pelajar kita atas kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya sungai.

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 5/2011

Tajuk:    Integriti dan Pengurusan Stres
Tarikh:   24 September 2011
Hari:      Sabtu
Masa:    7.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Kem Bina Negara, Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka

Mesyuarat PIBG Kali Ke 2 Sesi 2011-2012

Sila rujuk Surat Panggilan Mesyuarat PIBG 2

Khamis, September 08, 2011

Majlis Solat Hajat PMR dan SPM 2011

Majlis ini telah dijayakan dengan kehadiran pelajar-pelajar Islam yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi dan juga guru-guru Islam yang turut sama mendoakan kejayaan mereka. Antara objektif majlis ini adalah untuk membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan daripada Allah S.W.T selepas berusaha untuk mencapai matlamat. Juga untuk membentuk modal insan pelajar berteraskan unsur spiritual yang telah terbukti kejayaanya.
Solat Zohor dan Solat Hajat yang di imamkan oleh Tn. Hj. Sajat bin Ahmad,
GPK Pendidikan Khas

Bacaan Yasin

Majlis Khatam Al-Quran 2011

Majlis ini yang telah dilangsungkan dengan jayanya pada 26 Ogos 2011 yang lepas, merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMK Tun Mutahir. Program ini melibatkan semua murid Tingkatan 1 dan 2 yang telah menjalani latihan tadarus sepanjang bulan Ramadhan. Justeru, majlis khatam Al-Quran yang saban tahun diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan antara murid dengan guru di samping meraikan Ramadhan Al-Mubarak dan menyambut Syawal.

Bacaan Yasin, tahlil dan tazkirah

Majlis khatam Al-Quran

Ucapan tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun


Gambar atas: Pemberian cenderahati dan duit raya kepada peserta tadarus dan khatam Al-Quran
Gambar bawah: Sumbangan hari raya kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya

Penyampaian cenderahati kepada Cikgu Norazmah Ashary kerana beliau akan melanjutkan pelajaran ke UKM dalam bidang Pendidikan Islam pada peringkat master

Rabu, September 07, 2011

Majlis Solat Hajat PMR dan SPM 2011

Tarikh:     8 September 2011
Hari:        Khamis
Masa:     1.10 - 2.45 petang
Tempat:  Dewan Mutahir


Semua pelajar yang beragama Islam Tingkatan 3 dan 5 diwajibkan hadir.
Semua guru sesi pagi yang beragama Islam diwajibkan hadir.


Tentatif program:
1.10 - 1.30 petang:     Ketibaan para pelajar sekolah
                                      Ketibaan para tetamu
                                      Majlis bermula
                                      Solat Johor berjemaah
                                      Bacaan yasin
                                      Solat hajat
2.30 petang           :      Jamuan
2.45 petang           :      Bersurai

Selasa, September 06, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2011 kepada semua murid Tingkatan 5 SMK Tun Mutahir - 12 September hingga 30 September 2011
Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan terhadap diri anda... SEMUA A BUKAN SENANG TETAPI BUKAN MUSTAHIL..
Semoga Berjaya!!!!

Permohonan ke Kolej vokasional sesi 2012

Borang permohonan ke Kolej vokasional sesi 2012 sudah keluar...... sila rujuk portal rasmi KPM..