Ahad, Ogos 28, 2011

Salam Aidilfitri 2011 / 1432 H

Sumber dari http://athousandlittlepiecesofglass.blogspot.com
Sumber dari http://enomalaysia.blogspot.com

Warga SMK Tun Mutahir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Khamis, Ogos 25, 2011

Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR & SPM SIRI 2 2011

Sekitar Program Kecemerlangan 1 Malaysia SPM dijalankan pada 25 Ogos 2011 (Khamis) jam 12.30 hingga 2.30 petang. Sasaran Pelajar yang mengambil Matematik Tambahan.




Program Motivasi Bersama Pengetua (5PA1, 5PA2,5K1, 5K2, 5SS dan 5PD)

Rabu, Ogos 24, 2011

Program Motivasi Bersama Pengetua (5SN dan 5SSI)

Sekitar Program Motivasi Bersama Pengetua dijalankan pada 24 Ogos 2011 pukul 10.50 hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Mutahir.  Sasaran 5SN dan 5SSI.







Selasa, Ogos 23, 2011

Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR & SPM SIRI 2 2011

Sekitar Program Kecemerlangan 1 Malaysia( Teknik Menjawab Matematik Moden SPM) dijalankan pada 23 Ogos 2011 pukul 12.30 hingga 2.30 petang.











Pertandingan Mencipta Video Merdeka

Syarat-syarat Penyertaan
Pertandingan Mencipta Video Merdeka

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat
Pertandingan Mencipta Video Merdeka
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
No Telefon : 03 8688 8424 / 03 8688 8289
No Faks : 03 8688 1006
Emel : videomerdeka@cmc.gov.my
Web : http://www.skmm.gov.my

Isnin, Ogos 22, 2011

Tawaran Mengikuti Seminar Bimbingan Peperiksaan PMR dan SPM bagi Ahli Kelab TaHa Terpilih

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Berita Harian akan menganjurkan Seminar Bimbingan Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM seperti ketentuan berikut:

Tarikh:11 September 2011(Ahad) PMR
1 Oktober 2011 (Sabtu) SPM
Masa: 7.30 pagi hingga 5.45 petang
Tempat : Dewan SMK Ghafar Baba, 78300 Masjid Tanah, Melaka. (PMR)
Universiti Teknikal Melaka (UteM), Kampus Induk, 76400 Durian Tunggal, Melaka. (SPM)

Sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir, Melaka. Tarikh tutup penyertaan 24 Ogos 2011 (Rabu).

Program Permataku Sayang (Mentor Mentee) dan Program Born To Read

Sekitar Perjumpaan Program Permataku Sayang(Mentor Mentee)dan Program Born To Read yang dijalankan pada 22 Ogos 2011 (Isnin)





Khamis, Ogos 18, 2011

Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR Dan SPM 2011

Sekitar program Kecemerlangan 1 Malaysia (Teknik Menjawab Prinsip Akaun SPM) diadakan pada 18.8.2011 (Khamis)

Ceramah PLKN

Sekitar ceramah PLKN pada 17 Ogos 2011 12.45pm hingga 2.00pm bertempat di Dewan Mutahir






Ceramah Kerjaya

Sekitar ceramah kerjaya disampaikan oleh KLC Placement Services Sdn Bhd
(International Student Consultant) Kuala Lumpur pada 18.8.2011 (Khamis) pada 7.30 hingga 8.10 pagi. Sasaran 5SN dan 5SS1.



Rabu, Ogos 17, 2011

KUIZ Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun pada tahun ini, Panitia Sejarah SMKTMu telah menganjurkan pertandingan kuiz kemerdekaan bagi menilai pengetahuan am para pelajar tentang isu-isu Sejarah.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN ARAHAN:

1. Kuiz ini terbuka kepada semua pelajar SMKTMu sesi pagi dan petang.

2. Kuiz ini mengandungi 10 soalan struktur dan 5 soalan objektif.

3. Untuk memuaturun soalan dan kertas jawapan, sila layari  http://panitiasejsmktmu.blogspot.com/

4. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 30 Ogos 2011 (Selasa)

Isnin, Ogos 15, 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 54

Dengan Tema 1 Malaysia : 'Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera", majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54 peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan begitu meriah pada 15 Ogos 2011 jam 7.30 pagi bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Tun Mutahir. Matlamat utama program ini  adalah untuk melahirkan   serta  mempertingkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar SMK Tun Mutahir. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang bulan untuk menyemarakkan  semangat kemerdekaan negara yang ke  54 tahun. Antara aktiviti yang disediakan ialah pertandingan melukis poster, kuiz, drama, pameran, pohon merdeka, buku skrap dan lain-lain lagi.

Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Hussin Bin Siron
Gimik Pelancaran - Kibaran Bendera
Nyanyian Lagu Patriotik
Kibaran Bendera Malaysia oleh pengawas
Perarakan Masuk Bendera Malaysia dan Melaka
Para pelajar tidak ketinggalan mengibarkan bendera negara

Persembahan Pelajar-  Puisi dan Lagu bertajuk "Orang Kita"


HARI KEBUDAYAAN DAN TEMU MESRA DENGAN IBUBAPA 2011

Tanggal 14 Ogos 2011 (Ahad) telah berlangsung Hari Kebudayaan Dan Temu Mesra Ibubapa bertempat di Dewan Mutahir anjuran Paniatia Bahasa Tamil dan PIBG SMk Tun Mutahir. Majlis diserikan dengan Ucapan Perasmian Oleh Tn Hj Hussin Bin Siron, diikuti dengan Ceramah Keibubapaan oleh Mejar (KM) Segar A/L Govindasamy, Persembahan Pelajar - Tarian Klasikal dan seterusnya Ceramah Ibu Bapa Cemerlang oleh Wakil YDP PIBG SMM Tun Mutahir. Sebelum bersurai majlis juga mempersembahkan dengan deklamasi sajak dan persembahan tarian serta pertunjukkan pakaian tradisional kaum India.







Ahad, Ogos 14, 2011

Perhimpunan Khas Pelancaran Ceria Merdeka

Tarikh:   15 Ogos 2011
Tempat: Tapak perhimpunan SMKTMu
Masa:    7.20 - 8.10 pagi

Jumaat, Ogos 12, 2011

Program Motivasi PMR ( Murid Islam)

Sekitar program motivasi untuk murid tingkatan tiga.  Ceramah disampaikan oleh Ustaz Roslee Bin Mahat@Kassim dan Tn. Hj Ismail Bin Abdullah dan dibantu En. Khairuddin Bin Ahmad.