Selasa, Disember 28, 2010

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR 2010

Alhamdulillah, keputusan PMR pada kali ini menunjukkan sedikit peningkatan dari segi peratus yang lulus (meningkat 1.0%) iaitu 52.6% berbanding 51.6% pada tahun yang lalu. Seramai 291 calon telah menduduki PMR 2010 dan calon yang mendapat straight A adalah sebanyak 13 orang berbanding 15 orang pada 2009. "Tahniah" kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat straight A dalam semua matapelajaran. Semoga SMK Tun Mutahir terus gemilang dalam mengeluarkan pelajar-pelajar yang cemerlang pada masa-masa akan datang......



Pemandangan di perkarangan sekolah sebelum keputusan diumumkan. Para pelajar yang ditemani ibu bapa mereka kelihatan tidak sabar menunggu keputusan mereka diumumkan


Keputusan calon-calon straight A diumumkan oleh Encik Mohd Nor

Slip keputusan peperiksaan PMR disampaikan oleh Puan Hajjah Kamariah bte Othman, selaku Guru Penolong Kanan 1 SMK Tun Mutahir


Antara calon staright A yang hadir










Terpapar kegembiraan di wajah-wajah mereka yang cemerlang
Pelajar-pelajar straight A:
  1. Daryl Yeow Yee Beng
  2. Lee Hui Min
  3. Siti Munirah binti Kamarudin
  4. Tan See Yee
  5. Teh Huey Xhin
  6. Teo Swee Teng
  7. Amelia Asyiqin binti Mohamad
  8. Bok Chew Yen
  9. Ivy Ang Sye Roo
  10. Khern Yih Shean
  11. Ng Pei Ting
  12. Tan Yun Ann
  13. Ang Li Voon

Suasana di dalam dewan Mutahir
PROGRAM ORIENTASI GURU-GURU BARU

Sepanjang tempoh 2 minggu yang lalu iaitu dari 13 hingga 24 Disember 2010, kesemua guru baru telah mengikuti program orientasi yang dijalankan oleh pihak sekolah. Mereka telah dibahagikan kepada 5 kumpulan yang dibantu oleh fasilitator-fasilitator untuk menjalankan aktiviti yang telah direncanakan. Program ini diharapkan dapat membantu guru-guru tersebut menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama mereka, pentadbir sekolah, guru-guru yang lebih senior serta staf-staf sekolah.
Pengetua, Tuan Haji Zolkaply bin Yunus memberikan taklimat kepada guru-guru baru pada hari pertama mereka melaporkan diri di SMK Tun Mutahir


Khusyuk mendengar taklimat

Mengangkat ikrar etika guru
ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Membantu menyiapkan buku mentor mentee dan lain-lain dalam bilik kaunseling
dibawah bimbingan Encik Khairudin bin Ahmad


Membantu guru-guru penolong kanan menyiapkan takwim dan buku pentadbiran dan pengurusan sekolah dibawah seliaan Puan Hajjah Kamariah bte Othman.


Membantu mengemaskini stok dan mengemas bengkel Kemahiran Hidup
di bawah seliaan Encik Low Chor Peng dan guru-guru KH
Membaikpulih mural di blok A dan blok B di bawah bimbingan
Puan Nurasyiqin Chia Abdullah dan Puan Azizzah Mohd Shah
Sebelum dibaikpulih

Selepas dibaikpulih
SELAMAT DATANG GURU-GURU BARU

Seramai 14 orang guru-guru baru telah melaporkan diri pada 13 Disember 2010 di SMK Tun Mutahir. 2 orang daripada guru-guru tersebut merupakan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tun Mutahir. Warga SMK Tun Mutahir mengucapkan "Tahniah" dan "Selamat Datang" kepada mereka. Semoga mereka menjadi guru yang berdedikasi dan cemerlang dalam menjalankan tugas yang diamanahkan....

ABBY LIM SZE CHIA
IJAZAH PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UPM
NOR HISHAM BIN ZAINUDDIN
IJAZAH PSIKOLOGI SUKAN, UPSI
SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEJURUTERAAN MEKANIKAL), UTM
NURUL WAHIDA BT MUHAMMAD
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN PSIKOLOGI SUKAN, UPSI
NOORAZRINA RUHAIDA IDYANTY BT ZORKORNAINI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK, UPSI
NUR MARIAMAH BT MOHD DAZUKI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MATEMATIK, UPSI
MAHAZAWATI BT MAT HUSIN
IJAZAH SARJANA MUDA PEMDIDIKAN MATEMATIK, UPSI
NORHAFIZAH BT ISMAIL
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS, UKM
HAMIDAH BT JAAFAR
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KIMIA, UiTM
NURHAYATY ADHA BT KAMARUDIN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, UTHM
JOYCE TAN PEI YONG
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS, UKM